Wednesday, 27 July 2011

Soalan Kubur~

Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam, bagaikan "soalan bocor" ia selalu diulang-ulang setiap kali "TALQIN" dibacakan di atas kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan, hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan "Maksiat" dan "Kezaliman" dikatakan (ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah "Amal Kita", sedangkan mulut kita dikunci. Mereka yang hidup dengan "Maksiat,Derhaka kepada Allah dan Rasul" serta melakukan "Kezaliman" semasa hidupnya, biasanya memperlekehkan perkara ini. Konon-konon mereka boleh menjawab dengan lidah mereka seperti "Di Mahkamah dunia". Ataupun mereka langsung tak mempercayainya yang menyebabkan mereka ini terkeluar dari agama Islam (Murtad). Tetapi, samada mereka percaya atau sebaliknya, itu adalah sesuatu yang "WAJIB" diimani. Bukan sahaja agama Islam, bahkan seluruh agama didunia ini turut mempercayainya. Orang yang tidak beragama juga hanya berjaya menyangkal dengan lidahnya sahaja sedangkan hatinya (yang dikawal oleh Allah) mengakuinya. Berikut adalah contoh soal jawab di dalam kubur antara Dua Malikat dengan mereka yang Maksiat dan melakukan Kezaliman semasa hidupnya, yang kononnya mereka mahu menipu Malaikat sepertimana yang boleh mereka lakukan di Mahkamah dunia. CATATAN : INI ADALAH SEKADAR CONTOH Soalan Pertama: Malaikat : Wahai Folan Bin Folan (Mayat) Siapakah TUHAN mu ? Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui 'Amalnya'wink Allah Tuhanku. Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu hingga hari Kiamat. Konon-konon : SiMahaZalim menjawab: (semua yang berikut adalah kononnya DIALOG antara Malikat dengan siMahaZalim) SiMahaZalim : Allah Tuhanku !!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! Di dunia kamu telah bertuhankan HAWA NAFSU, kamu bertuhankan HARTA, bertuhankan KUASA bahkan kamu menganggap diri kamu sendiri adalah tuhan yang berkuasa segala-galanya.(Lalu ia dipelangkong) Soalan Kedua: Malaikat : Siapakah NABI mu ? SiMahaZalim : MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia engkau bukan sahaja tidak mengikut sunnahnya bahkan engkau telah mempersendakannya, jubahnya, janggutnya. Kau jadikannya bahan gelak ketawa dengan mengatakan pisau cukur tidak terdapat dizaman Nabi menyebabkan Baginda tidak mencukurnya. (Lalu ia akan dipelangkong lagi) Soalan Ketiga: Malaikat : Apakah AGAMA mu ? SiMahaZalim : ISLAM adalah AGAMA ku!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia kamu cukup berkuasa untuk melaksanakan Hukum dan Undang-undang Islam, tapi kamu lebih mengagongkan hukum sivil dan undang- undang British. Apabila ada Parti Islam mencadangkan dilaksanakan Hukum Hudud, kamu telah memperlekehkannya dengan mengatakannya tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara kamu yang berbilang kaum dan berbagai agama. Kamu juga telah mengatakan jika hukum Hudud dilaksanakan akan mundurlah umat Islam kerana ramai yang kudong tangan dan kaki. Kamu juga telah mengatakan (sambil ketawa kelucuan) kalau nak makan sup tangan dan kaki manusia silalah ke Kelantan (dan sekarang tambah satu Terangganu tahun 2004 seluruh Malaysia Insya Allah).Kamu juga mengatakan adalah mustahil untuk mendatangkan saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam (dalam kes DSAI) lalu membolehkan mereka yang dipertikaikan kesaksiannya menjadi saksi tuduhan LIWAT dan ZINA. Catatan:Dalam hal ini, kita juga harus menyanya diri kita, Benarkah kita mengaku ISLAM? Apa kita nak jawab jika ditanya Malaikat : Kamu mengaku Islam, tapi kamu tidak memperjuangkan Islam. Dah ada Parti yang memperjuangkan Islam agama yang kamu yakini dan percayai boleh menjamin KEADILAN kenapakah setakat nak jadi AHLI sajapun kamu takut? Kamu lebih suka ATAS PAGAR? (soalan inilah menyebabkan penulis mengisi borang keahlian PAS). Soalan Keempat: Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu! SiMahaZalim : Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Berbohong! Yang kamu ada ialah hanya mengadakan Musabaqah tahunan Al-Quran sahaja. Segala panduan dan isi yang terkandung di dalamnya kamu perlekehkan. Kamu juga telah mencadangkan supaya Al-Quran ditafsir semula (mengikut hawa nafsu) sehingga ada yang tidak nampak sebarang dalil mengenai pengharaman JUDI. Kamu juga menafikan tentang 'Aurat' yang disebutkan oleh Al-Quran dengan mentafsirkannya mengikut kemahuanmu sendiri (hingga isterimu sendiri tak menutup aurat demikian juga anak-anak mu). Kau katakan Hukum Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai Hudud PAS (tujuan menghina) Catatan : Aurat Isteri dan anak-anak kita bagaimana ? Soalan Kelima: Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ? SiMahaZalim : SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! semasa di dunia kamu lebih suka bersaudarakan mereka yang memusuhi agama Allah, musuh Allah. Kamu jadikan mereka sebagai kroni-kroni yang mendapat pembelaan sepenuhnya dari kamu dalam apa jua keadaan. Bahkan kamu telah bersekongkol dengan mereka dalam KONSPIRASI menjatuhkan, mengaibkan serta menghukum SAUDARA sekelian muslimin dan muslimat iaitu DSAI. Kamu reka cipta segala bukti PALSU semata-mata memuaskan nafsu serakah mu. Datuk Harun Din,TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, Datuk Mufti Ishak Bahrom dan lain-lain yang memperjuangkan Islam itu sebenarnya saudaramu tapi telah engkau musuhi mereka demi HARTA DAN KUASA. (lalu dipelangkonglah lagi dan lagi..) Catatan : Kerana merasa bahawa mereka (yang berkenaan) itu masih taraf saudara(?), saya tergerak menulis 'article' ini. Kerana masih "Husnuz Zan" mengharapkan mereka SEMUA insaf dan BerTAUBAT bukan hanya TAUBUAT. Selamat BerTAUBAT untuk semua, dan cukuplah TAUBUAT untuk mereka yang ZALIM dan marilah sama-sama BerTAUBAT marilah! marilah! Catatan : Maka terlerailah rasa bertanggungjawab untuk memperingatkan sesama muslim setelah selesai menghabiskan 'article' ini untuk peringatan kepada semua MANUSIA. LEGA RASANYA

Friday, 6 May 2011

Assalamualaikum


Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia. [Sila Kongsi]
oleh Mohammad Asyraf pada pada 02hb April 2011 pukul 9.15 pagi
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Gambaran Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi